Saya juga seperti orang lain, inginkan pembaharuan dalam diri. Maka, tercari-cari apa perkara yang boleh dijadikan hobi baru.Semasa memikirkannya, tanpa disangka kita semua kena PKP selama hampir 3 bulan pada tahun lepas. Nak ke sekolah pun tak boleh kerana kita semua terpaksa berkurung di rumah. Mula-mula, memang rasa best jek.. tapi bila dah masuk minggu ke-3. badan dah rasa xsenang duduk, duduk sini, duduk sana, semua serba xkena..
Aaarghh.. kena buat sesuatu yang lain. Berbekalkan laptop HP Intel Core I3 tahun 2013 yang masih elok setelah upgrade sikit RAM dan HDD nya. Walaupun, laptop dah mengalami luka kerana jatuh. Luka yang pasti sukar untuk diubati..Tapi, prestasinya masih membanggakan..
Setelah berhempas pulas dari pagi hingga ke petang, jumpala Osem... googgle pula pasal Osem ini.. baca, tengok dan fahamkan..
Buat pencarian tentang Osem, Google tulis sebagai OSEM - Leading Revision App
Saya pun download dan install app Osem berkenaan. Ternyata ia berguna untuk membantu murid-murid tapi ia berbayar. Jika murid nak guna secara percuma, ada hadnya..
Xpela..yang penting..Osem boleh membantu..Setelah itu, saya terjumpa dengan Osem Teacher.
Ia membantu para cikgu seperti saya untuk menyediakan bahan pembelajaran kepada murid. Saya rasa Osem macam menarik ja.. Jadi, tanpa buang masa saya pun klik dan mendaftar di Osem Teacher. Mula untuk membuat lesson sendiri mengikut topik atau matapelajaran yang saya ajar.
Siapa sangka kan..sambil buat lesson untuk kegunaan murid..rupanya Osem ada sediakan sedikit royalti hasil daripada view lesson kita.. Alhamdulillah..bolehla buat bayar bil air setiap bulan..anggap ini sebagai tambahan sahaja.. xdapat pun xpe.. ini dia royalti projection nye..
Xrugi saya daftar sebabnya saya daftar Osem Teacher pada mula2 lebih untuk isi masa lapang dan kedua, sebab untuk beri pada murid saya.. yang lebihnya..terserah kepada Ilahi..
Saranan saya untuk cikgu-cikgu, bakal-bakal guru memanfaatkan Osem Teacher ini dengan mendaftarnya sekarang..
Agak-agak, dah dapat ke saya nak beli Macbook atau Huawei Matebook ini?...


0 Ulasan