Review Guna Apps Google Opinion Rewards

 Google Opinion Rewards adalah satu aplikasi yang dikeluarkan oleh Google untuk memberi peluang kepada pengguna Google untuk mendapatkan kredit percuma untuk Google Play.

Sekarang , Google Opinion Rewards telah boleh di install untuk pengguna Malaysia. Saya pun telah menggunakan sejak tahun lepas. Berikut ialah hasil yang telah saya dapat sejak install app ini. Adalah lebih kurang RM11.44.


Baru - baru ini ada satu survey yang saya terima, lalu saya terus menjawab survey berkenaan. Jangan bimbang, selalunya survey adalah dalam Bahasa Melayu sahaja. 
Saya pun klik, OK, faham. Seterusnya, ia paparkan pilihan sukan yang kita main. 


Saya pun pilih sukan yang pernah saya main sejak hidup di dunia ini. Selepas itu, ia paparkan nama jenama yang sinonim dengan sukan yang kita pilih.

 
Pada ruangan ini, anda kena buat google jika anda tak tahu nama jenama yang berkaitan dengan sukan yang anda pilih. Mujurlah saya tau semua jenama berkenaan. Jadi, sy pilih Skechers seperti di atas.
Kemudian, anda diminta memberi pendapat tentang jenama yang anda pilih tadi. Off coz, saya pilih sangat positif..


Setelah itu, selesai... dah dapat RM0.42 atau 42 sen untuk survey ringkas sebegini. Kadang2, dapat RM1 lebih..ianya bergantung kepada survey.

Apa yang saya buat dengan RM yang saya dapat nie? saya beli ebook di playstore untuk tambah ilmu. Saya rasa anda patut mencuba, just buka playstore, taip Google Opinion Rewards. kemudian install.. selamat mencuba






Catat Ulasan

0 Ulasan