Bagaimana cara bayar bil TNB secara percuma?


Saya percaya jika dibuat tajuk sebegini , sudah mungkin ramai yang ingin membacanya.. Tapi pada saya tiada apa yang percuma buat masa sekarang. Semua perlu dibayar dengan wang yang kita ada.

Apa yang saya ingin kongsikan ini adalah benar-benar berlaku pada saya sejak beberapa tahun lalu. Secara jujurnya, saya masih perlu membayar bil TNB saya tetapi tidak lagi menggunakan duit gaji sebaliknya hanya menggunakan komisen pasif yang saya dapat menerusi jualan topup.

Bagaimana begitu? Pada kiraannya komisen agak rendah tetapi dengan kuantiti atau volume yang besar, sudah pasti komisen juga akan makin besar.

Apa itu? Saya telah biasa menjual topup menerusi server sejak zaman belajar lagi. Tetapi ketika itu, saya hanya menjual topup sahaja. Jadi, komisen yang saya dapat adalah untung runcit jual topup. Jika saya tidak menjual topup, maka tiada untung runcit untuk saya. Inilah yang kita panggil sebagai pendapatan aktif.

Saya mula mengubah cara daripada pendapatan aktif kepada pendapatan pasif menerusi jualan topup. Saya mula mencari dan mendaftarkan diri sebagai dealer topup. Ini bermakna , saya boleh melantik agen topup sendiri. Saya usahakan mencari agen topup dari masa ke semasa. Ternyata mencari agen topup itu mudah tetapi tidak ramai yang konsisiten untuk menjual topup. 

Jadi, saya ubah kepada mencari kedai runcit atau mana-mana premis yang berminat untuk menjual topup di kedai/premis mereka. 

Alhamdulillah, sejak beberapa tahun, saya telah berjaya membayar bil TNB saya secara PERCUMA tetapi dibayar oleh komisen pasif jualan topup agen saya. Terima kasih buat semua agen yang konsisten menjual topup sehingga hari ini.

Di sini saya kongsikan kiraan komisen PASIF yang saya dapat dan saya gunakan untuk membayar bil TNB dan malah buat bayar bil air di rumah saya.

Komisen mingguan saya sejak dari Bulan April hingga Jun 2021.. Biasanya memang ada turun naik, ia bergantung kepada jumlah jualan daripada agen. 

KOMISEN PADA BULAN APRIL 2021

4/4/2021 RM24.06
11/4/2021 RM23.66
18/4/2021 RM8.22

25/4/2021 RM24.98 

JUMLAH KOMISEN BULAN APRIL 2021 = RM80.92
JUMLAH KOMISEN BULAN MEI 2021 = RM199.12

JUMLAH KOMISEN BULAN JUN 2021 = RM165.85

Dengan komisen ini, saya gunakan untuk bayar bil TNB saya secara percuma. Yang mana, secara purata, bil TNB saya antara RM85 - RM110 sebulan. Ada lebihan lagi tu, saya gunakan juga untuk bayar bil air yang antara RM20-RM30 sebulan.

Berbaloi kan? 

Jika korang mahu pelajari caranya, saya tidak kenakan apa-apa bayaran..PERCUMA juga. Langkah pertama yang perlu korang buat ialah hubungi saya di link Whatsapp di bawah ye..




Catat Ulasan

0 Ulasan